Thursday, 1 August 2013

Minggu Matematik SK Kg Medan

        Pada 15 hingga 18 Julai yang lepas Panitia Matematik SK Kampung Medan Kuala Langat  telah menganjurkan Minggu Matematik. 

      Matlamat Minggu Matematik dibuat ialah bagi menarik minat serta memberi pendedahan kepada murid betapa pentingnya subjek matematik yang bukan sahaja mencabar minda tetapi menyeronokkan. Selain itu, ia bagi membuka minda murid bahawa matematik  adalah fenomena yang berlaku dalam kehidupan mereka tanpa disedari.

          Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Mewarna, Silang Kata Matematik, Tangram, "Code Breaker" , Cabaran Kreatif Bongkah dan Teka Berat saya. 



Disini terdapat sebahagian gambar daripada aktiviti yang telah dijalankan :) 


 Ucapan daripada Panitia Matematik 

 Perasmian oleh Tuan Guru Besar menggunakan buku pop up. 

 Pertandingan Tangram 

 Lihat mereka, begitu bersungguh-sungguh :) 

 Ini pula pertandinga Cabaran Bongkah Tahun 5.

 Kreatif-kreatif mereka ni :) 

 Semua sedang sibuk menyiapkan bongkah-bongkah mereka

 Lihat ni, cuba teka apa yang mereka sedang buat ? 

 Wah, ada hotellll !!!! 

 KLCC pun ada tuuuuuu..... 

 Pembentangan dari kumpulan-kumpulan

Hasil daripada bongkah yang telah siap . 


Macam mana ? seronok tak ? Matematik bukan sahaja mengenai nombor atau mengira, tetapi ia sangat luas. Begitu banyak aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Anda semua boleh terokai sendiri, dan anda akan menyedari bahawa matematik itu sangat menyeronokkan ! 

Kepada adik-adik yang tidak berkesempatan untuk mengikuti bersama-sama aktiviti ini, anda boleh cuba sendiri dirumah..Terutamanya seperti cabaran bongkah. Anda hanya memerlukan bahan-bahan terpakai dan terbuang seperti kotak, botol, tin, straw dan lain-lain lagi bagi membina bongkah-bongkah yang menarik... 

Nantikan post yang seterusnya yaa adik-adik.. 


If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is.  ~John Louis von Neumann

No comments:

Post a Comment