Wednesday, 14 August 2013

Tahun 5 : Pecahan

Penambahan Pecahan Bercampur Dengan Penyebut Yang Berbeza.

Sebelum ini anda sudah pelajari bagaimana untuk membuat penambahan pecahan bercampur dengan penyebut yang sama. Namun kali ini kita akan membuat penambahan pecahan bercampur dengan penyebut yang berbeza. Sebelum saya menghabiskan kelas yang terakhir tadi, saya telah menunjukkan beberapa contoh untuk melakukan operasi Penambahan Pecahan Bercampur Dengan Penyebut Yang Berbeza

Jadi saya ingin anda semua membuat latihan dan ingat semula perkiraan yang dibuat , anda boleh merujuk sama ada buku latihan atau buku tulis yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebentar tadi. 





Sebarang persoalan atau pertanyaan anda boleh tinggalkan di ruang komen. Kita juga akan membuat perbincangan pada kelas esok hari :) 




Friday, 9 August 2013

Tahun 5 : Pendaraban Pecahan

Apa khabar anak-anak murid? Semua sihat? 

Hari ini cikgu akan kongsikan dengan anda semua mengenai tajuk Pecahan. 

Cikgu pasti anda semua masih lagi ingat apa yang kita telah pelajari. Namun begitu, cikgu telah menyediakan powerpoint untuk kamu semua membuat rujukan dan ulangkaji. 

Jadi anda semua boleh "download" powerpoint yang telah cikgu sertakan disini. Jangan lupa belajar ya, sambil-sambil anda ber-facebook :) 


Pendaraban Pecahan

Wednesday, 7 August 2013

Tahun 1 : Bentuk

Hai, apa khabar semua? sihat adik-adik?

Anda masih ingat tajuk Bentuk yang kita pelajari pada minggu lepas ? Jadi aktiviti kali ini yang ingin cikgu kongsikan ialah MEWARNA!! 

Kamu semua boleh "download" bahan tersebut disini! Cetak dan mula mewarna ! 




Ingat, warna dengan kemas.. Kemudian nyatakan bentuk-bentuk yang ada dalam gambar tersebut. 


Jangan lupa serahkan hasil tangan anda kepada Cikgu! Hadiah yang menarik menanti anda semua!!!! 


Siapa yang nak hadiah, jangan lupa untuk hantar ya! 



Tuesday, 6 August 2013

Jom Main "Number Invaders" !

Hai murid-murid...! Macam mana dengan kerja sekolah yang cikgu bagi? Dah siap atau belum? Kamu semua nak main satu game tak? 

Kamu pernah tak main game "Number Invaders!" 

Senang sahaja cara main game ni, cikgu akan tunjukkan kepada kamu :) 

Pertama sekali, kamu klik link ini :) 

Ok, dah klik ? kemudian.. ikut sahaja arahan yang diberikan. 

Cara bermain mudah sahaja...

Pilih operasi darab atau bahagi, kemudian fakta nombor. Dan tekan button "PLAY"

Hanya gunakan :

  1.  "SPACE BAR" untuk menembak 
  2.  "ARROW" kanan atau kiri untuk bergerak. 




























Seperti contoh : 




























SELAMAT MENCUBA !!!!


Anda semua boleh cari lagi pelbagai permainan yang menarik di dalam website ini http://www.mathplayground.com/




P/S: Kepada anak murid yang mempunyai masalah atau kekeliruan, bolehlah tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah :) 

Monday, 5 August 2013

Santai-Santai: Lawak Matematik





Little Boy 

Son: "My math teacher is crazy".

 Mother: "Why?" 

Son: "Yesterday she told us that five is 4+1;
              today she is telling us that five is 3 + 2." 








Saturday, 3 August 2013

Tahun 5 : Pembahagian Perpuluhan Penyelesaian Masalah

Apa khabar anak-anak murid? Semua sihat? 

Hari ini cikgu akan kongsikan dengan anda semua mengenai tajuk Perpuluhan. Iaitu, Pembahagian Perpuluhan Penyelesaian Masalah. 

Jadi anda semua boleh "download" powerpoint yang telah cikgu sertakan disini. Terdapat nota dan aktiviti yang boleh dibuat di dalam powerpoint ini. 

CUBA LIHAT :) 





Baiklah anak murid semua, selamat mencuba! Jangan lupa belajar ya!!! 

Jumpa lagi di lain post :) 



P/S: Kepada anak murid yang mempunyai masalah atau kekeliruan, bolehlah tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah :) 

Thursday, 1 August 2013

Minggu Matematik SK Kg Medan

        Pada 15 hingga 18 Julai yang lepas Panitia Matematik SK Kampung Medan Kuala Langat  telah menganjurkan Minggu Matematik. 

      Matlamat Minggu Matematik dibuat ialah bagi menarik minat serta memberi pendedahan kepada murid betapa pentingnya subjek matematik yang bukan sahaja mencabar minda tetapi menyeronokkan. Selain itu, ia bagi membuka minda murid bahawa matematik  adalah fenomena yang berlaku dalam kehidupan mereka tanpa disedari.

          Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Mewarna, Silang Kata Matematik, Tangram, "Code Breaker" , Cabaran Kreatif Bongkah dan Teka Berat saya. 



Disini terdapat sebahagian gambar daripada aktiviti yang telah dijalankan :) 


 Ucapan daripada Panitia Matematik 

 Perasmian oleh Tuan Guru Besar menggunakan buku pop up. 

 Pertandingan Tangram 

 Lihat mereka, begitu bersungguh-sungguh :) 

 Ini pula pertandinga Cabaran Bongkah Tahun 5.

 Kreatif-kreatif mereka ni :) 

 Semua sedang sibuk menyiapkan bongkah-bongkah mereka

 Lihat ni, cuba teka apa yang mereka sedang buat ? 

 Wah, ada hotellll !!!! 

 KLCC pun ada tuuuuuu..... 

 Pembentangan dari kumpulan-kumpulan

Hasil daripada bongkah yang telah siap . 


Macam mana ? seronok tak ? Matematik bukan sahaja mengenai nombor atau mengira, tetapi ia sangat luas. Begitu banyak aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Anda semua boleh terokai sendiri, dan anda akan menyedari bahawa matematik itu sangat menyeronokkan ! 

Kepada adik-adik yang tidak berkesempatan untuk mengikuti bersama-sama aktiviti ini, anda boleh cuba sendiri dirumah..Terutamanya seperti cabaran bongkah. Anda hanya memerlukan bahan-bahan terpakai dan terbuang seperti kotak, botol, tin, straw dan lain-lain lagi bagi membina bongkah-bongkah yang menarik... 

Nantikan post yang seterusnya yaa adik-adik.. 


If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is.  ~John Louis von Neumann